PERKONGSIAN ASAS KEMAKMURAN

KERJA SEPAKAT REZEKI BERKAT

Tuesday, December 14, 2010

aktiviti perladangan dan ternakan

Kongsi Makmur juga melibatkan diri dalam usaha mendapatkan pendapatan dari usaha perladangandengn mengambil upah kontrak membersih,membaja ,mengeluarkan hasil sawit di beberapa ladang mlik peneroka Felda Chemomoi Triang Pahang.


Setakat ini syarikat menumpukan kepada usaha untuk mengambil upah mengeluarkan BTB dari lot-lot ladang berkenaan. Setiap bulan kami menguruskan pengeluaran BTB sebanyak dua pusingan untuk setiap lot. Walaupun tidak memberi pulangan yang besar kerana skala keluasan ladang dalam lingkungan 120 ekar sahaja,ianya membantu menjana pendapatan kewangan syarikat.


kami menggunakanseratus peratus tenaga kerja tempatan untuk menjalankan kerja ini dengan mengambil petugas dari kalangan generasi kedua peneroka di felda terbabit. mereka bebas menguruskan waktu dan masa untuk menguruskan jadual kerja mereka..mereka diberi kepercayaan untuk berurusan bagi pihak syarikat dengan pemilik ladang.


kongsi makmur juga turut menyertai bidang penternakan dengan memelihara sepuluh ekor lembu di kawasan lot ladang yang telah dipagar rapi.sehingga kini urusan pemeliharaan tersebut dijalankan secara pawah dengan pemilik lot ladang tersebut.

Thursday, December 2, 2010

power steering pajero v34w
power steering untuk pajerov34w ..keadaan baik..set lengkap..
harga rm500.00..dijual segera

coil aircond untuk dijual

coil aircond pajero v34w
Coil aircond pajero v34w untuk dijual..baru guna 6 bulan..masih keadaan baik..
harga rm 300.00..double layer..

radiator pajero v34w



  Radiator pajero untuk dijual..keadaan baik..harga rm 250 ..boleh dirunding..
untuk diual segera.

Wednesday, December 1, 2010

alatan pencucian da pembersihan

pihak kami menyediakan perkhidmatan membekal alatan pncucian dan pembersihan untuk kegunaaan isirumah dan kegunaan pejabat serta industri.

walaupun terdapat pelbagai keperluan kepada perkhidmatan pencucian dan pembersihan dalam pelbagai sektor namun keupayaan memberi perkhidmatan yang berkualiti adalah keutamaaan yang diambil kira oleh pelanggan perkhidmatan.mereka amat mementingkan kepada kualiti kerja yang mengikut piawai yang ditetapkan.

dalam memenuhi keperluan tersebut syarkiat kami mempunyai kriteria utama yang perlu dipenuhi dalam memberi perkhidmatan

  • pekerja yang dedikasi dan bertanggungjawab
  • peralatan yang mencukupi
  • sistem kerja yang teratur dan efisien
  • menerima teguran pandangan yang positif
sepi yang indah
bagaikan memulakan sebuah pelayaran
segenap mudik ditimbang cabar duga muka bencana
sedang bakal timpa jauh di muara
anggar unjur titik cuaca
meski mendung tiba namun cerah masih bermuka

dalam belayar
baca duga ambil iktibar cerita alam
guruh berdentum sedang ombak tidak bersuara
maka bencana bila bila
renggaang masa bertukar rupa

di penghujung
jeti bertimpuh jiwa menanti
segendong rezeki atau seulas butir nasi
belum pasti sedang nyawa
masih hujung di penjuru kepala kapal
meedah resah pasrah dan berserah


badin
1 dis 2010

permulaan disember

Pada permulaan disember ini,syarikat telah bercadang dan merancang untuk memulakan perniagaan sampingan sempena persediaan murid-murid untuk sesi persekolahan 2010..syarikat telah bersedia memulakan perniagaan imi dengan menyewa tapak dan membuat jualan secara borong dan runcit kepada pelanggan di beberapa kawasan tertentuyang telah dikenal pasti,

Barang-barang yang akan dijual adalah kelengkapan persekolahan termasuklah pakaian, alatulis serta kelengkapan uniform kokurikulum.Sepanjang tempoh sebulan pelbagai promosi akan dijalankan untuk memastikan pelanggan dapat menikmati nilai setimpal dengan setiap pembelian..

Barangan yang dijual adalah berjenama dan berkualiti tinggi dan harga yang ditawarkan amat berpatutan.

semoga pelanggan mendapat kepuasan dalam setiap pembelian..

perkhidmatan yang disediakan

Kongsi Makmur menyediakan perkhidmatan  ;

  1. MEMBEKAL ALATULIS
  2. MEMBEKAL PERABUT
  3. MEMBEKAL PERALATAN CUCIAN DAN PEMBERSIHAN
  4. PERALATAN SUKAN DAN PAKAIAN SUKAN
  5. PERALATAN PERTANIAN DAN TERNAKAN
  6. MEMBEKAL BAHAN BINAAN
   Pihak kami juga terlibat dalam projek pertanian dan pembinaan serta kerja-kerja perladangan.Sebarang perbincangan untuk kerja dan perkhidmatan dari sysrikat kami amat dialu alukan

pengenalan syarikat

      Syarikat Kongsi Makmur enterprise adalah sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya. Menyertai perniagaan sebagai tanggungjawab terhadap Allah untuk mencari pendapatan halal dan memenuhi tuntutan fardhu kifayah disamping memenuhi tuntutan untuk meningkatkan taraf ekonomi islam dan bersama menyumbang kearah kesejahteraan ummah.

      Bermula dengan pengalaman sebagai pengendali kantin di sebuah kem tentera, pemilik syarikat mengumpulkan dana dengan berdikit dan akhirnya dapat menubuhkan syarikat ini serta memiliki beberapa aset yang turut menyumbang kepada kemajuan syarikat.

      Syarikat ini sedang bergerak aktif untuk mendapatkan peluang perniagaan dengan memiliki lesen kewangan untuk membekalkan barangan seperti alatulis, pakaian dan peralatan sukan ,membekal bahan bermasak,bahan binaan dan perkhidmatan mencuci dan membersih bangunan.