PERKONGSIAN ASAS KEMAKMURAN

KERJA SEPAKAT REZEKI BERKAT

Monday, June 13, 2011

permulaan untuk melibatkan diri dalam industri kuih tradisional

Sepanjang cuti sekolah yang lalu..kongsi makmur telah menjelajah ke beberapa tempat menarik di sekitar negeri Pahang.Tujuan utamanya adalah untuk meninjau tentang industri makanan tradisional.

Setelah di buat pemerhatian dan dihalusi serta di ambil pendapat beberapa penduduk yang ditemui..maka menyediakan makanan tradisional negeri Pahang berupaya menjadi satu industri yang besar dan berpotensi untuk maju..gabungan kaedah tradisional dalam penyediaan bahan dan cara membuatnya serta penggunaan peralatan teknologi moden dapat membantu mengembangkan industri ini..

pihak syarikat telah memulakan beberapa kajian tentang makanan tradisisonal tertentu yang belum di majukan tetapi mendapat sambutan yang menggalakan dikalangan masyarakat.Contoh makanan tradisional yang berpotensi antaranya dodol kukus dan kuih badak berendam serta beberapa contoh yang lain

Dalam sedikit masa pihak syarikat akan memulakan projek penyediaan makanan berasaskan kacang seperti kuih putu kacang dan rempeyek serta kueh ketumpi..

apabila telah bersedia kelak pihak syarikat akan mula memasarkan produk tersebut terutama untuk keperluan bulan ramadhan dan hari raya yang bakal menjelma..

No comments:

Post a Comment