PERKONGSIAN ASAS KEMAKMURAN

KERJA SEPAKAT REZEKI BERKAT

Tuesday, December 14, 2010

aktiviti perladangan dan ternakan

Kongsi Makmur juga melibatkan diri dalam usaha mendapatkan pendapatan dari usaha perladangandengn mengambil upah kontrak membersih,membaja ,mengeluarkan hasil sawit di beberapa ladang mlik peneroka Felda Chemomoi Triang Pahang.


Setakat ini syarikat menumpukan kepada usaha untuk mengambil upah mengeluarkan BTB dari lot-lot ladang berkenaan. Setiap bulan kami menguruskan pengeluaran BTB sebanyak dua pusingan untuk setiap lot. Walaupun tidak memberi pulangan yang besar kerana skala keluasan ladang dalam lingkungan 120 ekar sahaja,ianya membantu menjana pendapatan kewangan syarikat.


kami menggunakanseratus peratus tenaga kerja tempatan untuk menjalankan kerja ini dengan mengambil petugas dari kalangan generasi kedua peneroka di felda terbabit. mereka bebas menguruskan waktu dan masa untuk menguruskan jadual kerja mereka..mereka diberi kepercayaan untuk berurusan bagi pihak syarikat dengan pemilik ladang.


kongsi makmur juga turut menyertai bidang penternakan dengan memelihara sepuluh ekor lembu di kawasan lot ladang yang telah dipagar rapi.sehingga kini urusan pemeliharaan tersebut dijalankan secara pawah dengan pemilik lot ladang tersebut.

No comments:

Post a Comment