Pulau Besar yang terletak di negeri Melaka , mempunyai sejarah yang hebat tentang permulaan penyebaran ajaran islam di negeri ini dan seterusnya ke seluruh nusantara. Terdapat banyak peninggalan sejarah yang masih ujud dan masih terpelihara.Kesan peninggalan sejarah ini adalah bukti tentang kebenaran dan asas yang boleh disandarkan bahawa penyebaran ajaran islam telah bermula di sini.
Pada masa ini telah terdapat sebuah muzium yang menempatkan bahan artifak dan rujukan bahan sejarah untuk dihayati dan ditattapi oleh pengunjung ke pulau ini..
Sesungguhnya kunujungan ke Pulau ini dari jeti Umbai dengan menaiki bot atau feri boleh menjadi salah satu dari aktiviti pelancongan yang boleh di masukkan ke dalam jadual lawatan..
Selamat mengunjungi pualu Bersejarah ini..dan elakkan segala amalan khurafat dan syirik yang merosakkan akidah..
No comments:
Post a Comment