PERKONGSIAN ASAS KEMAKMURAN

KERJA SEPAKAT REZEKI BERKAT

Tuesday, June 28, 2011

Kuantan Homestay Makmur Inn

       Sambutan terhadap penginapan secara homestay kini menjadi satu pilihan yang utama dikalangan rakyat Malaysia. Kemudahan yang disediakan juga semakin baik dan menarik beserta dengan tawaran harga yang munasabah dan berpatutan.Lokasi homestay di kawasan bandar-bandar utama dinegara semakin berkembang sejajar dengan jumlah keperluan yang meningkat.Cara hidup masyarakat yang berubah kepada hobi berlibur bersama keluarga turut menyumbang kepada keperluan kemudahan penginapan yang ekonomik dan selesa.

       Kongsi makmur turut sama melibatkan diri dlam bidang ini dengan menyediakan sebuah kemudahan penginapan rumah tamu di kawasan bandar kuantan.Lokasi pilihan syarikat ialah di kawasan Kempadang Makmur . Jarak dari bandar kuantan ke lokasi ini adalah dalam lingkungan 8 kilometer sahaja. Perjalanan dari pusat bandar menuju ke jambatan Tanjung Lumpur dan  seterusnya melalui perkampungan nelayan seperti kampung Tanjung Lumpur, Kampung Peramu memberikan satu panorama yang menarik tambahan pula jalan dua lorong turut memberi keselesaan pemanduan. Seterusnya kita akan melalui bangunan Yayasan Pahang yang menjadi simbol kepada pengurusan kebajikan pendidikan untuk anak-anak di negeri ini. Lebih kurang tiga kilometer selepas bangunan tersebut kita akan bertemu dengan persimpangan lampu isyarat menuju ke Pantai peranginan Pantai Sepat.Apa yang perlu dilakukan ialah meneruskan pemanduan, dalam jarak 100 meter kita akan bertemu dengan simpang ke arah Klinik 1 Malaysia. Teruskan pemanduan dengan memasuki simpang tersebut hingga anda bertemu dengan bangunan baru Hospital Darul Makmur (Darul makmur Medical Center ) .Anda sudah berada di kawasan rumah penginapan kami dan kami akan memberi tunujk arah seterusnya untuk kerumah penginapan tersebut.

        Kami menyediakan kemudahan rumah penginapan 2 tingkat beserta 3 bilik tidur dan 3 bilik air.Setiap bilik dilengkapi dengan kipas angin dan katil saiz kelamin dengan kemudahan almari pakaian dan meja tulis serta cermin solek. Kami turut menyediakan kemudahan peralatan untuk beribadah .

        Pada bahagian ruang tamu kami menyediakan kemudahan set sofa, t.v dan vcd player. Ruang makan kami turut dilengkapi dengan meja makan sesuai untuk hidangan bagi 6 orang. Keselesaan para tetamu yang menginap dirumah kami menjdai keutamaan kami.Kemudahan seterika juga turut disediakan bagi tujuan menggosok baju.

        Ruangan dapur kami dilengkapi dengan kemudahan peti sejuk, pembakar roti , cerek letrik, dapur gas dua tuku serta peralatan pinggan mangkuk serta perlatan memasak seperti kuali dan periuk nasi  eletrik.Untuk kemudahan para tetamu kami juga menyumbang beberapa bahan asas seperti beras, gula kopi dan teh sebagai cenderahati bagi tetamu kami.Jumlah sumbangan bergantung kepada jumlah hari penginapan.

       Rumah tamu kami turut mempunyai ruang anjung di luar rumah untuk berehat atau bersantai .Kami meletakkan kemudahan mesin basuh diruangan ini bagi memudahkan urusan mencuci pakaian dan menjemur pakaian.

       Kami menerima tempahan penginapan untuk sebarang tempoh masa samada dalam bentuk harian/mingguan atau sewaan bulanan. harga penginapan berbeza mengikut keperluan pelanggan dan berasaskan kepada tempoh masa penginapan yang diambil. Kami juga bersedia untuk menyewakan bilik  dengan kadar harian sahaja.Waktu check inn adalh bermula dari pukul 2 petang dan check out pada pukul 12 tengahari.
 
       Kami menerima tempahan dengan mengambil deposit RM50 dan baki dibayar sepenuhnya pada waktu serahan kunci rumah. Wang deposit tersebut boleh di bank in ke akaun yang akan dimaklumkan kemudian.

      Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh berhubung dengan En Shamsul 017-5007334 atau Pn Noorhuda 0175557334 untuk keterangan lanjut.

    

      
 

No comments:

Post a Comment