PERKONGSIAN ASAS KEMAKMURAN

KERJA SEPAKAT REZEKI BERKAT

Tuesday, July 12, 2011

gambar bunga

koala

majlis perkahwinan adik lelaki bongsu

Tanggal 9 jun yang lalu merupakan hari yang bersejarah buat diri saya dan keluarga kerana berlangsungnya majlis perkahwinan adik lelaki saya dengan pilihan hatinya yang berasal dari Felda Mayam.

Walaupun majlis pernikahan telah pun berlangsung pada 31 mei 2011 tetapi majlis menyambut menantu merupakan majlis yang lebih bermakna kerana ini adalah majlis perkahwinan yang terakhir untuk ahli keluarga saya. Kemeriahan majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu yang sebahagian besarnya adalah dari kalangan saudara mara yang terdekat dan jiran tetangga dari seluruh kawasan felda Chemomoi.

Persiapan untuk menyediakan jamuan buat tetamu telah dilangsungkan pada sebelah petang 8 jun dan diteruskan hingga malam untuk melapah daging serta berakhir diwaktu larut malam untuk merebus daging. Seawal jam 7 pagi kelapa telah dimesin dan seterusnya upacaa memasak dijalankan sehinggalah pukul 11 pagi. juadah yang disediakan antaranya ialah daging masak lemak cili api, pajeri terung, umbut kelapa, sadin masak campur kundur dan ikan masin talang goreng berlada.Pencuci mulut pula ialah bubur pulut hitam.
Segala persiapan jamuan berjalan lancar dan mengikut jadual..

air minuman pula disediakan untuk petugas dan tetamu yang hadir. Air minuman teh dan kopi adalah minuman biasa untuk petugas dan tetamu pula dihidangkan dengan air sirap. persiapan air minuman agak tergugat apabila sejumlah besar air gula yang telah siap di masak tertumpah akibat kejadian bekas yang telah pecah sewaktu diangkat. Peristiwa itu amat mengejutkan kerana waktu yang perlu untuk memasak semula air gula agak lama sedangkan waktu itu tetamu telah mula datang untuk menikmati hidangan.namun pengalaman dan kepakaran pihak petugas berjaya menyelesaikan masalah.

persiapan pelamin diuruskan oleh  kakak shima yang didatangkan khas dari terengganu, termasuk petugas dari kuantan pak megat hamdan serta tukang kayu dari bukit goh en malik.Petugas pelamin bertungkus lumus menyiapkan pelamin sehingga menjangkau ke pukul 4 pagi..Saudar haziah dari RTP Bukit Goh menjadi juri profesional yang menghakimi persiapan pelamin..kata-kata semangat beliau membuatkan petugas kepanasan.

Penyanyi jemputan dari purun triang saudara mat black telah menyumbangkan beberapa buah lagu bersama dengan saudara sotong. pafuan suara mereka memeriahkan konsert karaoke yang disewa dari Angah kampung jawi-jawi..beberapa penyanyi veteran seperti en shamsul tidak dapat menyumbangkab suara kerana terlalu sibuk menguruskan anak kecilnya..Beberapa orang puteri tertinjau-tinjau untuk turut serta menyanyi tetapi dihalang oleh ibubapa masing-masing.Namun puan rafidah berjaya juga melepasi halangan tersebut dan berduet dengan mat black.





Rombongan pengantin perempuan tiba kira-kira pukul 12 tengahari dan diraikan dirumah tetamu..