Sambutan terhadap penginapan secara homestay kini menjadi satu pilihan yang utama dikalangan rakyat Malaysia. Kemudahan yang disediakan juga semakin baik dan menarik beserta dengan tawaran harga yang munasabah dan berpatutan.Lokasi homestay di kawasan bandar-bandar utama dinegara semakin berkembang sejajar dengan jumlah keperluan yang meningkat.Cara hidup masyarakat yang berubah kepada hobi berlibur bersama keluarga turut menyumbang kepada keperluan kemudahan penginapan yang ekonomik dan selesa.
Kongsi makmur turut sama melibatkan diri dlam bidang ini dengan menyediakan sebuah kemudahan penginapan rumah tamu di kawasan bandar kuantan.Lokasi pilihan syarikat ialah di kawasan Kempadang Makmur . Jarak dari bandar kuantan ke lokasi ini adalah dalam lingkungan 8 kilometer sahaja. Perjalanan dari pusat bandar menuju ke jambatan Tanjung Lumpur dan seterusnya melalui perkampungan nelayan seperti kampung Tanjung Lumpur, Kampung Peramu memberikan satu panorama yang menarik tambahan pula jalan dua lorong turut memberi keselesaan pemanduan. Seterusnya kita akan melalui bangunan Yayasan Pahang yang menjadi simbol kepada pengurusan kebajikan pendidikan untuk anak-anak di negeri ini. Lebih kurang tiga kilometer selepas bangunan tersebut kita akan bertemu dengan persimpangan lampu isyarat menuju ke Pantai peranginan Pantai Sepat.Apa yang perlu dilakukan ialah meneruskan pemanduan, dalam jarak 100 meter kita akan bertemu dengan simpang ke arah Klinik 1 Malaysia. Teruskan pemanduan dengan memasuki simpang tersebut hingga anda bertemu dengan bangunan baru Hospital Darul Makmur (Darul makmur Medical Center ) .Anda sudah berada di kawasan rumah penginapan kami dan kami akan memberi tunujk arah seterusnya untuk kerumah penginapan tersebut.
Kami menyediakan kemudahan rumah penginapan 2 tingkat beserta 3 bilik tidur dan 3 bilik air.Setiap bilik dilengkapi dengan kipas angin dan katil saiz kelamin dengan kemudahan almari pakaian dan meja tulis serta cermin solek. Kami turut menyediakan kemudahan peralatan untuk beribadah .
Pada bahagian ruang tamu kami menyediakan kemudahan set sofa, t.v dan vcd player. Ruang makan kami turut dilengkapi dengan meja makan sesuai untuk hidangan bagi 6 orang. Keselesaan para tetamu yang menginap dirumah kami menjdai keutamaan kami.Kemudahan seterika juga turut disediakan bagi tujuan menggosok baju.
Ruangan dapur kami dilengkapi dengan kemudahan peti sejuk, pembakar roti , cerek letrik, dapur gas dua tuku serta peralatan pinggan mangkuk serta perlatan memasak seperti kuali dan periuk nasi eletrik.Untuk kemudahan para tetamu kami juga menyumbang beberapa bahan asas seperti beras, gula kopi dan teh sebagai cenderahati bagi tetamu kami.Jumlah sumbangan bergantung kepada jumlah hari penginapan.
Rumah tamu kami turut mempunyai ruang anjung di luar rumah untuk berehat atau bersantai .Kami meletakkan kemudahan mesin basuh diruangan ini bagi memudahkan urusan mencuci pakaian dan menjemur pakaian.
Kami menerima tempahan penginapan untuk sebarang tempoh masa samada dalam bentuk harian/mingguan atau sewaan bulanan. harga penginapan berbeza mengikut keperluan pelanggan dan berasaskan kepada tempoh masa penginapan yang diambil. Kami juga bersedia untuk menyewakan bilik dengan kadar harian sahaja.Waktu check inn adalh bermula dari pukul 2 petang dan check out pada pukul 12 tengahari.
Kami menerima tempahan dengan mengambil deposit RM50 dan baki dibayar sepenuhnya pada waktu serahan kunci rumah. Wang deposit tersebut boleh di bank in ke akaun yang akan dimaklumkan kemudian.
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh berhubung dengan En Shamsul 017-5007334 atau Pn Noorhuda 0175557334 untuk keterangan lanjut.
mencari rezeki kerana Allah, tunai fardhu kifayah, sebagai tanggungjawab ibadah dalam mencari redha Allah.
PERKONGSIAN ASAS KEMAKMURAN
KERJA SEPAKAT REZEKI BERKAT
Tuesday, June 28, 2011
Monday, June 13, 2011
permulaan untuk melibatkan diri dalam industri kuih tradisional
Sepanjang cuti sekolah yang lalu..kongsi makmur telah menjelajah ke beberapa tempat menarik di sekitar negeri Pahang.Tujuan utamanya adalah untuk meninjau tentang industri makanan tradisional.
Setelah di buat pemerhatian dan dihalusi serta di ambil pendapat beberapa penduduk yang ditemui..maka menyediakan makanan tradisional negeri Pahang berupaya menjadi satu industri yang besar dan berpotensi untuk maju..gabungan kaedah tradisional dalam penyediaan bahan dan cara membuatnya serta penggunaan peralatan teknologi moden dapat membantu mengembangkan industri ini..
pihak syarikat telah memulakan beberapa kajian tentang makanan tradisisonal tertentu yang belum di majukan tetapi mendapat sambutan yang menggalakan dikalangan masyarakat.Contoh makanan tradisional yang berpotensi antaranya dodol kukus dan kuih badak berendam serta beberapa contoh yang lain
Dalam sedikit masa pihak syarikat akan memulakan projek penyediaan makanan berasaskan kacang seperti kuih putu kacang dan rempeyek serta kueh ketumpi..
apabila telah bersedia kelak pihak syarikat akan mula memasarkan produk tersebut terutama untuk keperluan bulan ramadhan dan hari raya yang bakal menjelma..

Subscribe to:
Posts (Atom)