PERKONGSIAN ASAS KEMAKMURAN

KERJA SEPAKAT REZEKI BERKAT

Monday, May 23, 2011

ruang tamu Makmur Inn Homestay

Anjung rehat Makmur Inn Homestay

ruang makan Makmur Inn

MAKMUR INN HOMESTAY

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Selang beberapa masa, ketika ini syarikat sudah pun menyempurnakan projek untuk menyediakan kemudahan penginapan dengan kos sederhana dengan kelengkapan kediaman yang selesa. Projek penginapan budget ini dinamakan MAKMUR INN HOMESTAY , merupakan sebuah rumah dua tingkat yang mempunyai tiga bilik tidur disebelah atas , dua bilik air di tingkat atas dan satu di tingkat bawah. Penginapan ini juga mempunyai ruang tamu , ruang makan , ruang dapur serta  anjung rehat di kawasan luar rumah. 

Lokasi penginapan ini ialah di NO 8 Lorng Kempadang Makmur 7. Taman Kempadang Makmur , Kuantan Pahang. Lokasi ini terletak di laluan menuju ke Pantai Sepat dan Bandar Pekan dari arah jambatan Tanjung Lumpur dan dari arah Jalan Kuantan Pekan dengan memasuki simpang ke Sungai Soi. Mercu tanda untuk memasuki kawasan ini ialah dengan memasuki  simpang ke arah Klinik Satu Malaysia kempadang dan juga Darul Makmur Medical Centre yang baru sahaja beroperasi.

Kesemua 3 bilik tidur terletak di tingkat atas dan dilengkapi dengan kipas angin.  Bilik tidur utama dilengkapi kemudahan bilik air ,katil kelamin , meja tulis dan cermin solek,  almari pakaian serta perlatan ibadah. Bilik kedua  dilengkapi dengan katil dua tingkat ( katil kelamin dan katil bujang ), almari pakaian, meja tulis dan cermin solek serta peralatan ibadah. Bilik ketiga pula dilengkapi dengan kemudahan katil katil kelamin ,meja tulis dan cermin solek serta perlatan ibadah. 

Ruang tamu , ruang makan , ruang dapur serta anjung luar rumah terletak di tingkat bawah. Ruang tamu dilengkapi dengan set t.v , meja kopi ,set sofa dan kayu jati . Ruang makan pula dilengkapi dengan meja makan untuk 6 orang. Sementara itu ruang dapur dilengkapi dengan kemudahan dapur gas 2 tuku, cerek letrik, periuk nasi,  peti ais , peralatan pinggan dan cawan minuman , pembakar roti serta almari tempat menyimpan makanan . Anjung rehat di luar rumah dilengkapi dengan kerusi jati untuk bersantai bersama keluarga.

Pihak syarikat juga menyediakan kemudahan tempahan penyediaan makanan dan minuman mengikut menu dan citarasa pelanggan . Selain itu pihak syarikat juga menyewakan peralatan perkhemahan untuk aktiviti perkhemahan di kawasan pantai berdekatan seperti Pantai Sepat. 

Kos penginapan yang ditawarkan ialah RM 130 pada hari biasa dan RM 150 pada hari cuti persekolahan. Pihak kami sedia berbincang untuk harga yang menarik bagi penginapan yang lebih lama. Pakej  sewaan bilik juga boleh dipertimbangkan dengan kos yang berpatutan.

sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Huda : 017-5557334 atau En. Baharin -017-500 7334. email kami di kongsi_makmur@yahoo.com.


Perhatian anda diucapkan terima kasih.