PERKONGSIAN ASAS KEMAKMURAN

KERJA SEPAKAT REZEKI BERKAT

Saturday, December 17, 2011

ubahsuai tamu mesra

setelah menerima pengunjung semasa cuti persekolahan ini..maka beberapa perubahan telah dilkukan terhadap ruang bilik tidur tamu mesra.

kebanyakan tetamu yang datang dengan jumlah ahli keluarga yang ramai ,,masih lagi dapat berada dalam keadaan selesa kerana pihak kami memang telah menjangkakan keadaan tersebut.namun dari temubual dan saran balas dari tetamu rata-rata berpuashati dengan perkhidmatan kami.

Penghujung Disember kami masih lagi menerima tempahan penginapan..setakat yang mampu diterima oleh kami sahaja..ada yang terpaksa di tolak kerana tempahan telah penuh..

Moga tahun 2012 akan memberikan kmi lebh inspirasi untuk memberi perkhidmatan yang selesa dan bersesuaian dengan bayaran yang dikenakan.

Friday, November 4, 2011

kata nak jimat

Jimat tu maknaya lain dari berhemat..berhemat tu ada la jhati dan bijaknya..
jimat tu macam tak nak guna je lebih banyak simpan..ikat perut pun tak pa

macamana nak jimat kalau tak berhemat

Thursday, September 15, 2011

Satay Makmur

Pihak kami menyediakan pakej satay untuk tempahan bagi tujuan perniagaan ata keraian untuk majlis-majlis tertentu

Pakej kami terdiri dari 3 pakej untuk tujuan majlis keraian:

Pakej 1: (RM 0.60 sen)
  • Satay siap dibakar
  • Kuah kacang
  • Timun dan bawang
  • Nasi himpit
Pakej 2: (RM 0.50 sen)
  • Satay siap dibakar
  • Kuah kacang
Pakej 3: (RM 0.45 sen)
  • Satay mentah bakar sendiri
  • Kuah kacang

Tempahan perniagaan
Tempahan untuk tujuan perniagaan adalah RM 0.35 sen untuk setiap cucuk dengan jumlah pesanan hendaklah melebihi 1000 cucuk. Harga termasuk kuah kacang.

Kami juga ingin menyewa tapak untuk tujuan perniagaan satay di sekitar kuantan .Mencari kawasan yang bersesuaian dan menarik. Sewa adalah berdasarkan rundingan..

Tuesday, July 12, 2011

gambar bunga

koala

majlis perkahwinan adik lelaki bongsu

Tanggal 9 jun yang lalu merupakan hari yang bersejarah buat diri saya dan keluarga kerana berlangsungnya majlis perkahwinan adik lelaki saya dengan pilihan hatinya yang berasal dari Felda Mayam.

Walaupun majlis pernikahan telah pun berlangsung pada 31 mei 2011 tetapi majlis menyambut menantu merupakan majlis yang lebih bermakna kerana ini adalah majlis perkahwinan yang terakhir untuk ahli keluarga saya. Kemeriahan majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu yang sebahagian besarnya adalah dari kalangan saudara mara yang terdekat dan jiran tetangga dari seluruh kawasan felda Chemomoi.

Persiapan untuk menyediakan jamuan buat tetamu telah dilangsungkan pada sebelah petang 8 jun dan diteruskan hingga malam untuk melapah daging serta berakhir diwaktu larut malam untuk merebus daging. Seawal jam 7 pagi kelapa telah dimesin dan seterusnya upacaa memasak dijalankan sehinggalah pukul 11 pagi. juadah yang disediakan antaranya ialah daging masak lemak cili api, pajeri terung, umbut kelapa, sadin masak campur kundur dan ikan masin talang goreng berlada.Pencuci mulut pula ialah bubur pulut hitam.
Segala persiapan jamuan berjalan lancar dan mengikut jadual..

air minuman pula disediakan untuk petugas dan tetamu yang hadir. Air minuman teh dan kopi adalah minuman biasa untuk petugas dan tetamu pula dihidangkan dengan air sirap. persiapan air minuman agak tergugat apabila sejumlah besar air gula yang telah siap di masak tertumpah akibat kejadian bekas yang telah pecah sewaktu diangkat. Peristiwa itu amat mengejutkan kerana waktu yang perlu untuk memasak semula air gula agak lama sedangkan waktu itu tetamu telah mula datang untuk menikmati hidangan.namun pengalaman dan kepakaran pihak petugas berjaya menyelesaikan masalah.

persiapan pelamin diuruskan oleh  kakak shima yang didatangkan khas dari terengganu, termasuk petugas dari kuantan pak megat hamdan serta tukang kayu dari bukit goh en malik.Petugas pelamin bertungkus lumus menyiapkan pelamin sehingga menjangkau ke pukul 4 pagi..Saudar haziah dari RTP Bukit Goh menjadi juri profesional yang menghakimi persiapan pelamin..kata-kata semangat beliau membuatkan petugas kepanasan.

Penyanyi jemputan dari purun triang saudara mat black telah menyumbangkan beberapa buah lagu bersama dengan saudara sotong. pafuan suara mereka memeriahkan konsert karaoke yang disewa dari Angah kampung jawi-jawi..beberapa penyanyi veteran seperti en shamsul tidak dapat menyumbangkab suara kerana terlalu sibuk menguruskan anak kecilnya..Beberapa orang puteri tertinjau-tinjau untuk turut serta menyanyi tetapi dihalang oleh ibubapa masing-masing.Namun puan rafidah berjaya juga melepasi halangan tersebut dan berduet dengan mat black.





Rombongan pengantin perempuan tiba kira-kira pukul 12 tengahari dan diraikan dirumah tetamu..

Tuesday, June 28, 2011

Kuantan Homestay Makmur Inn

       Sambutan terhadap penginapan secara homestay kini menjadi satu pilihan yang utama dikalangan rakyat Malaysia. Kemudahan yang disediakan juga semakin baik dan menarik beserta dengan tawaran harga yang munasabah dan berpatutan.Lokasi homestay di kawasan bandar-bandar utama dinegara semakin berkembang sejajar dengan jumlah keperluan yang meningkat.Cara hidup masyarakat yang berubah kepada hobi berlibur bersama keluarga turut menyumbang kepada keperluan kemudahan penginapan yang ekonomik dan selesa.

       Kongsi makmur turut sama melibatkan diri dlam bidang ini dengan menyediakan sebuah kemudahan penginapan rumah tamu di kawasan bandar kuantan.Lokasi pilihan syarikat ialah di kawasan Kempadang Makmur . Jarak dari bandar kuantan ke lokasi ini adalah dalam lingkungan 8 kilometer sahaja. Perjalanan dari pusat bandar menuju ke jambatan Tanjung Lumpur dan  seterusnya melalui perkampungan nelayan seperti kampung Tanjung Lumpur, Kampung Peramu memberikan satu panorama yang menarik tambahan pula jalan dua lorong turut memberi keselesaan pemanduan. Seterusnya kita akan melalui bangunan Yayasan Pahang yang menjadi simbol kepada pengurusan kebajikan pendidikan untuk anak-anak di negeri ini. Lebih kurang tiga kilometer selepas bangunan tersebut kita akan bertemu dengan persimpangan lampu isyarat menuju ke Pantai peranginan Pantai Sepat.Apa yang perlu dilakukan ialah meneruskan pemanduan, dalam jarak 100 meter kita akan bertemu dengan simpang ke arah Klinik 1 Malaysia. Teruskan pemanduan dengan memasuki simpang tersebut hingga anda bertemu dengan bangunan baru Hospital Darul Makmur (Darul makmur Medical Center ) .Anda sudah berada di kawasan rumah penginapan kami dan kami akan memberi tunujk arah seterusnya untuk kerumah penginapan tersebut.

        Kami menyediakan kemudahan rumah penginapan 2 tingkat beserta 3 bilik tidur dan 3 bilik air.Setiap bilik dilengkapi dengan kipas angin dan katil saiz kelamin dengan kemudahan almari pakaian dan meja tulis serta cermin solek. Kami turut menyediakan kemudahan peralatan untuk beribadah .

        Pada bahagian ruang tamu kami menyediakan kemudahan set sofa, t.v dan vcd player. Ruang makan kami turut dilengkapi dengan meja makan sesuai untuk hidangan bagi 6 orang. Keselesaan para tetamu yang menginap dirumah kami menjdai keutamaan kami.Kemudahan seterika juga turut disediakan bagi tujuan menggosok baju.

        Ruangan dapur kami dilengkapi dengan kemudahan peti sejuk, pembakar roti , cerek letrik, dapur gas dua tuku serta peralatan pinggan mangkuk serta perlatan memasak seperti kuali dan periuk nasi  eletrik.Untuk kemudahan para tetamu kami juga menyumbang beberapa bahan asas seperti beras, gula kopi dan teh sebagai cenderahati bagi tetamu kami.Jumlah sumbangan bergantung kepada jumlah hari penginapan.

       Rumah tamu kami turut mempunyai ruang anjung di luar rumah untuk berehat atau bersantai .Kami meletakkan kemudahan mesin basuh diruangan ini bagi memudahkan urusan mencuci pakaian dan menjemur pakaian.

       Kami menerima tempahan penginapan untuk sebarang tempoh masa samada dalam bentuk harian/mingguan atau sewaan bulanan. harga penginapan berbeza mengikut keperluan pelanggan dan berasaskan kepada tempoh masa penginapan yang diambil. Kami juga bersedia untuk menyewakan bilik  dengan kadar harian sahaja.Waktu check inn adalh bermula dari pukul 2 petang dan check out pada pukul 12 tengahari.
 
       Kami menerima tempahan dengan mengambil deposit RM50 dan baki dibayar sepenuhnya pada waktu serahan kunci rumah. Wang deposit tersebut boleh di bank in ke akaun yang akan dimaklumkan kemudian.

      Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh berhubung dengan En Shamsul 017-5007334 atau Pn Noorhuda 0175557334 untuk keterangan lanjut.

    

      
 

Monday, June 13, 2011

permulaan untuk melibatkan diri dalam industri kuih tradisional

Sepanjang cuti sekolah yang lalu..kongsi makmur telah menjelajah ke beberapa tempat menarik di sekitar negeri Pahang.Tujuan utamanya adalah untuk meninjau tentang industri makanan tradisional.

Setelah di buat pemerhatian dan dihalusi serta di ambil pendapat beberapa penduduk yang ditemui..maka menyediakan makanan tradisional negeri Pahang berupaya menjadi satu industri yang besar dan berpotensi untuk maju..gabungan kaedah tradisional dalam penyediaan bahan dan cara membuatnya serta penggunaan peralatan teknologi moden dapat membantu mengembangkan industri ini..

pihak syarikat telah memulakan beberapa kajian tentang makanan tradisisonal tertentu yang belum di majukan tetapi mendapat sambutan yang menggalakan dikalangan masyarakat.Contoh makanan tradisional yang berpotensi antaranya dodol kukus dan kuih badak berendam serta beberapa contoh yang lain

Dalam sedikit masa pihak syarikat akan memulakan projek penyediaan makanan berasaskan kacang seperti kuih putu kacang dan rempeyek serta kueh ketumpi..

apabila telah bersedia kelak pihak syarikat akan mula memasarkan produk tersebut terutama untuk keperluan bulan ramadhan dan hari raya yang bakal menjelma..

Monday, May 23, 2011

ruang tamu Makmur Inn Homestay

Anjung rehat Makmur Inn Homestay

ruang makan Makmur Inn

MAKMUR INN HOMESTAY

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Selang beberapa masa, ketika ini syarikat sudah pun menyempurnakan projek untuk menyediakan kemudahan penginapan dengan kos sederhana dengan kelengkapan kediaman yang selesa. Projek penginapan budget ini dinamakan MAKMUR INN HOMESTAY , merupakan sebuah rumah dua tingkat yang mempunyai tiga bilik tidur disebelah atas , dua bilik air di tingkat atas dan satu di tingkat bawah. Penginapan ini juga mempunyai ruang tamu , ruang makan , ruang dapur serta  anjung rehat di kawasan luar rumah. 

Lokasi penginapan ini ialah di NO 8 Lorng Kempadang Makmur 7. Taman Kempadang Makmur , Kuantan Pahang. Lokasi ini terletak di laluan menuju ke Pantai Sepat dan Bandar Pekan dari arah jambatan Tanjung Lumpur dan dari arah Jalan Kuantan Pekan dengan memasuki simpang ke Sungai Soi. Mercu tanda untuk memasuki kawasan ini ialah dengan memasuki  simpang ke arah Klinik Satu Malaysia kempadang dan juga Darul Makmur Medical Centre yang baru sahaja beroperasi.

Kesemua 3 bilik tidur terletak di tingkat atas dan dilengkapi dengan kipas angin.  Bilik tidur utama dilengkapi kemudahan bilik air ,katil kelamin , meja tulis dan cermin solek,  almari pakaian serta perlatan ibadah. Bilik kedua  dilengkapi dengan katil dua tingkat ( katil kelamin dan katil bujang ), almari pakaian, meja tulis dan cermin solek serta peralatan ibadah. Bilik ketiga pula dilengkapi dengan kemudahan katil katil kelamin ,meja tulis dan cermin solek serta perlatan ibadah. 

Ruang tamu , ruang makan , ruang dapur serta anjung luar rumah terletak di tingkat bawah. Ruang tamu dilengkapi dengan set t.v , meja kopi ,set sofa dan kayu jati . Ruang makan pula dilengkapi dengan meja makan untuk 6 orang. Sementara itu ruang dapur dilengkapi dengan kemudahan dapur gas 2 tuku, cerek letrik, periuk nasi,  peti ais , peralatan pinggan dan cawan minuman , pembakar roti serta almari tempat menyimpan makanan . Anjung rehat di luar rumah dilengkapi dengan kerusi jati untuk bersantai bersama keluarga.

Pihak syarikat juga menyediakan kemudahan tempahan penyediaan makanan dan minuman mengikut menu dan citarasa pelanggan . Selain itu pihak syarikat juga menyewakan peralatan perkhemahan untuk aktiviti perkhemahan di kawasan pantai berdekatan seperti Pantai Sepat. 

Kos penginapan yang ditawarkan ialah RM 130 pada hari biasa dan RM 150 pada hari cuti persekolahan. Pihak kami sedia berbincang untuk harga yang menarik bagi penginapan yang lebih lama. Pakej  sewaan bilik juga boleh dipertimbangkan dengan kos yang berpatutan.

sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Huda : 017-5557334 atau En. Baharin -017-500 7334. email kami di kongsi_makmur@yahoo.com.


Perhatian anda diucapkan terima kasih.
 

Saturday, April 23, 2011

Aktiviti perlombogan mineral dan galian

Sepanjanag masa yang berlalu ini ..perkembangan permohonan untuk mendapatkan pajakan melombong di kwasan negeri pahang semakin meningkat,,

Dalam jajaran yang dikesan terdapat beberapa kawasan yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan perlombongan diantaranya : kawasan Ibam di rompin..jerantut pahang dan kawasan di sekitar lipis,

Oleh kerana ianya memerlukan kepada kepakaran dan kemahiran tinggi maka pihak syarikat tidak menumpukan kepada operasi ini..banyak risiko dan perlu kepada sokongan kumpulan yang kuat..

Syarikat sekadar melewati beberapa lokasi yang tertentu untuk membuat tinjauan tentang betapa untngnya operasi perlombngan ini sekiranya betul-betul mendapat lokasi yangstragik dan mempunyai hasil yang berkualiti tinggi.